BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Menurut Muslim, dia masih mampu menyumbang kudratnya dalam sukan bola sepak selain mahu merealisasikan impiannya untuk menjulang trofi Piala Malaysia sebelum bersara.
“Jujurnya saya rasa satu benda lagi yang memang saya masih tak puas dalam bola sepak dan dah lama simpan dalam hati iaitu untuk meraih trofi Piala Malaysia.
“Rasanya dah 4 hingga 5 kali saya kalah di separuh akhir jadi memang tak pernah merasa untuk ke final Piala Malaysia.
“Jadi sebab itu saya rasa tak boleh nak berhenti lagi dan kalau boleh memang saya nak kejayaan itu dahulu”, katanya.
BACA: Muslim Ahmad raih kemenangan 'TKO' dalam perlawanan sulung
Pemain yang beraksi bersama Sri Pahang FC pada musim lalu kini aktif menjalani latihan dalam sukan Muay Thai sebagai persediaan menghadapi kejohanan di Kedah pada Sabtu ini.
Muslim menegaskan dia hanya mahu mencuba sahaja dan masih belum memikirkan perancangan untuk terus mengaktifkan diri dalam sukan Muay Thai.
Bahkan, dia masih menanti dan tetap bersedia untuk bersama mana-mana kelab yang menginginkan khidmatnya bagi Liga Malaysia 2024-2025 ini.
“Sebenarnya saya juga sudah biasa dengan sukan Muay Thai ini dan telah dikelilingi oleh orang-orang dari sukan ini juga sejak dari kecil jadi saya dah ada sedikit asas.
“Tetapi saya tidaklah cakap saya secara rasmi dah bersara dalam bola sepak, cumanya sekarang saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan.
“Dan sambil menunggu, sebab itu saya ingin mencuba sukan Muay Thai dan bagus juga untuk saya sebab dapat tahu lebih dekat tentang sukan ini.
“Saya pun tak tahu berapa jauh saya boleh pergi dalam sukan ini tapi untuk kali pertama ini, saya dah berlatih dalam tujuh hari, agak mencabar juga tapi saya cubalah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024
Muslim masih menanti dan tetap bersedia untuk bersama mana-mana kelab yang menginginkan khidmatnya bagi Liga Malaysia 2024-2025 ini.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Muslim Ahmad raih kemenangan 'TKO' dalam perlawanan sulung
BEKAS pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad, menampilkan semangat perwira apabila melakar kemenangan pertama dalam pertembungan Muay Thai semalam.